Program Wakaf Al-Quran BOOKJANNAH ini bertujuan untuk menyediakan satu wadah bagi memudahkan umat Islam melakukan amal jariah. Semoga wakaf Al-Quran ini manfaatnya bukan sahaja untuk pewakaf tetapi juga untuk pembangunan ummah secara keseluruhannya dengan menyebarkan kitab Al-Quran.
Al-Quran yang diwakaf akan dihantar ke mana-mana masjid, rumah ngaji, rumah kebajikan, institusi pendidikan serta individu yang benar-benar memerlukan. Kami percaya untuk membangunkan ummah bermula dengan pengajian, pemahaman serta mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." - Hadith Sahih Riwayat Muslim
*Kami akan memilih kitab Al-Quran bersesuaian dengan permintaan institusi penerima wakaf.
SENARAI INSTITUSI PENERIMA WAKAF
Penerima Wakaf
Kuantiti
Quran
Tarikh
Serahan
* Maahad Tahfiz Al-Islah, Tmn Medan Pejasa, PJ, Selangor
20
03/12/2016
* MTAQ Hidayatul Muttaqqin, Shah Alam, Selangor
40
13/04/2017
* SAR KAFA Integrasi Al-Kauthar, Petaling Jaya, Selangor
40
13/11/2017
15/01/2018
SMU (A) Saadatul Qura, Kuala Krai, Kelantan
20
11/02/2018
SMA At-Taalim, Seri Manjung, Perak
30
01/03/2018
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan
30
23/04/2018
SK Kuala Kubang, 22020 Besut, Terengganu
30 T
05/06/2018
Masjid Kg Pdg Bongor, Kota Bharu, Kelantan
35 T
06/06/2018
Masjid Mukim Gong Kemuning, Pasir Puteh, Kelantan
Pondok Moden Kandis, Bachok, Kelantan
Pondok Tahfiz Belida, Pasir Puteh, Kelantan
Pondok Kg Dalam Huma, Pasir Puteh, Kelantan
Masjid Mukim Merkang, Pasir Puteh, Kelantan
Tahfiz Anak Yatim Telong, Bachok, Kelantan
40 T
06/2018
Masjid-Masjid & Pusat Tahfiz di Narathiwat, Thailand
200
26/09/2019
Kitab Al-Quran diserahkan oleh wakil dari Kumpulan Karangkraf kecuali nama institusi yang bertanda * diserahkan oleh BOOKJANNAH.
Penyerahan 20 naskhah Al-Quran (2 kotak) kepada Maahad Tahfiz Al-Islah Taman Medan Pejasa, Selangor.
CARA MENYERTAI PROGRAM WAKAF BOOKJANNAH 1. Pilih kuantiti (nilai) set Al-Quran yang ingin diwakaf di ruang QTY 2. Klik ADD TO CART 3. Klik CHECKOUT 4. Isi maklumat dan klik CONTINUE
5. Ikuti sehingga ke langkah terakhir & klik CONFIRM ORDER 6. Buat bayaran dan hantar resit bayaran
Untuk maklumat Kaedah Bayaran sila klik CARA BELI & POS (lihat di bawah).
Atau hubungi kami untuk urusan Wakaf Al-Quran menerusi Whatsapp +6014-6394505.