WEBSITE DALAM PENYELENGGARAAN
Order tidak diterima dalam tempoh ini.
Terima kasih kerana melayari BOOKJANNAH.com
TAFSIR MINI SURAH AL-TIN UNTUK ANAK-ANAK
Buku Tafsir Mini Surah al-Tin untuk Anak-anak ini masih mengekalkan konsep "Pictorial Mnemonics and Sound Contrasting" sama seperti buku penulis sebelum ini iaitu Tafsir Mini Surah Al- Duha.
Insya Allah, kaedah ini mampu menambah perbendaharaan kata kepada anak-anak khususnya. Setiap ayat disertakan dengan ilustrasi yang sesuai dan menarik bagi membantu anak-anak memahami ayat-ayat yang dibaca.
Selain itu, peta cerita bergambar yang memberikan gambaran menyeluruh berkenaan surah ini turut disertakan.
Antara kelebihan buku ini:
● Menaikkan semangat anak-anak untuk membaca, memahami dan seterusnya menghafal al-Quran
● Membentuk perkembangan aspek sosial dan emosi bersandarkan al-Quran dan sunah
● Menggalakkan komunikasi dan menambahkan perbendaharaan kata dalam bahasa arab
● Mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan
Buku: Tafsir Mini Surah Al-Tin Untuk Anak-Anak
Penulis: Ummu Ammar Amir & Abu Ammar Romlie
Terbit: September 2016
Format: Kulit Nipis
Halaman: 88
ISBN: 978-967-388-255-7