Al-Hafizh ‘Imaduddin Abul Fida’ Isma’il bin ‘Umar bin Katsir (Ibnu Katsir) adalah salah seorang ulama yang telah berhasil melakukan kajian tafsir dengan sangat hati-hati serta dilengkapi dengan hadis-hadis dan riwayat-riwayat yang masyhur.
Hal itu terbukti dengan ketelitiannya dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran yang mulia telah menjadikan kitab tafsirnya tersebut sebagai rujukan sekaligus bahan kajian bagi majoriti kaum muslimin di seluruh dunia. Tidak diragukan lagi bahawa Tafsir Ibnu Katsir adalah salah satu kitab tafsir yang kandungan isinya tidak dibaurkan dengan ilmu lain.
Dengan demikian, kitab Tafsir Ibnu Katsir ini diharapkan dapat mencapai tujuan yang tinggi dan mulia, iaitu menyampaikan maksud firman Allah Ta’ala melalui manhaj yang lurus dan valid serta jalan pemahaman ulama Salafush Shalih yaitu penafsiran al-Quran dengan al-Quran, penafsiran al-Quran dengan hadis, dengan merujuk kepada pendapat para ulama Salafush Shalih dari kalangan para Sahabat dan Tabi’in dengan konsep dan kaedah bahasa Arab.
Lalu Dr. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh meringkas kitab ini dan memberi nama “Lubaabut Tafsiir”. Dalam melakukan peringkasan kitab Tafsir Ibnu Katsir ini, beliau melihat cara terbaik adalah dengan membiarkan apa adanya kalimat-kalimat yang ditulis oleh Ibnu Katsir sendiri, dan menghilangkan beberapa hal yang dianggap tidak perlu, seperti cerita, hadits-hadits dha’if, dan lain sebagainya.
Setelah dilakukan peringkasan, beliau melakukan beberapa penambahan :
● Penafsiran tiga ayat dari surat al-Maidah. Nombor ayat-ayat tersebut adalah 97, 98, 99, dan akhir dari ayat 96.
● Mentakhrij lebih dari 300 hadits yang dikemukakan penulis tafsir ini (Ibnu Katsir) tanpa ada komentar darinya.
● Menisbatkan qira'at dan riwayatnya kepada para tokohnya secara rinci dan teliti, yang oleh penulis buku ini disampaikan secara ijmal (ringkas).
● Menafsirkan lafadz-lafadz yang ditulis dalam kitab ini yang sulit difahami maksudnya oleh para penuntut ilmu.
● Melakukan ralat terhadap sedikit kesalahan dalam kitab berkenaan dengan qira'at atau pun yang lain.
"Versi Tafsir Ibnu Katsir ini lebih mudah difahami kerana dengan penggunaan Bahasa Melayu Indonesia standard menjadikan ia tidak sukar untuk dijadikan rujukan dalam bahan pembacaan saya."
- Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed
Penyampai rancangan tafsir al-Quran Asbabun Nuzul di radio Nasional.fm (Setiap Rabu 8.30 pm)
Antara yang menarik di dalam set kitab Tafsir Ibnu Katsir ini:
● Tafsir lengkap 30 juzuk!
● Cetakan kertas putih berkualiti dan ayat al-Quran yang diwarnakan.
● Dipetik daripada Tafsir Ibnu Katsir yang bermazhab Syafi'i.
● Harga yang menarik dengan tawaran diskaun yang terbaik!
● Sesuai untuk dikupas sewaktu tazkirah Ramadan dan selepas solat.
● Diperakui dan diiktiraf oleh JAKIM.
● Menggunakan Bahasa Melayu Indonesia 'standard'
● Rujukan teras dalam Rancangan Tafsir Asbabun Nuzul di Nasional.fm
● Sesuai diwakafkan atau dihadiahkan untuk sekolah, masjid dan surau.
Kitab: Tafsir Ibnu Katsir 10 Jilid Lengkap: Telaga Biru
Oleh: Dr. Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh
Edisi: Telaga Biru
Kulit: Kulit Tebal
ISBN: 978-602-8062-06-0
Untuk maklumat Kaedah Bayaran sila klik CARA BELI & POS (lihat di bawah).