TAFSIR AL-QURAN DI RADIO JUZ 1 -30
Ustaz Haji Ahmad Sonhadji Mohamad
Ustaz Haji Ahmad Sonhadji Mohamad berasal dari Indonesia. Pada tahun 1937 beliau berhijrah semula ke Singapura untuk melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Arab Madrasah Al-Junied Al-Islamiah.
Di Rengat beliau membuka madrasah Perguruan Agama Islam Rengat bersama seorang gurunya Ustaz Hj. Marzuki. Pada tahun 1946 beliau membuka Madrasah Bustanul Arifin.
Beliau juga merupakan pengasas PERGAS (Persatuan Guru-Guru Agama Islam Singapura), menjadi ahli Jawatankuasa Pelajaran Agama Islam di Kementerian Hal Ehwal Masyarakat dan Kebajikan Singapura (1960-1962), ahli Jawatankuasa MUIS (1980-1993), ahli Jawatankuasa Fatwa MUIS, ahli Panel Rayuan Ulangbicara di bawah MUIS.
Ustaz Ahmad Sonhadji menyampaikan tafsir Al-Quran dalam bentuk syarahan yang disiarkan melalui Radio Singapura (SBC) setiap malam Jumaat mulai Februari 1959 dan selesai pada April 1984.
Beliau pernah menghasilkan beberapa buku untuk kegunaan Sekolah Melayu Singapura dan sekolah menengah Singapura. Beliau meninggal dunia pada tahun 2010, semoga segala sumbangan beliau dirahmati Allah SWT. Amin.
Buku: Tafsir Al-Quran Di Radio Juz 1 - 30
Oleh: Ustaz Haji Ahmad Sonhadji Mohamad
Format: Kulit Nipis
ISBN: 9789679752816