HAFALAN MUDAH TAHFIZ: PANDUAN HAFAL QURAN KAEDAH 5 WAKTU SOLAT DALAM 1 HARI
Buku Hafalan Mudah Tahfiz menggunakan kaedah hafalan yang paling mudah untuk orang awam yang sibuk kerana setiap 1 muka surat al-Quran dibahagikan kepada 5 blok warna.
Pembahagian blok warna menjadikan hafalan lebih ringkas, ringan dan lebih menarik untuk digunakan. Lima blok warna di selaraskan dengan 5 waktu solat di mana setiap individu Muslim pasti dapat menyusun masa tersebut untuk menghafal.
Buku Hafalan Mudah Tahfiz mengandungi terjemahan dan penerangan ayat justeru menjadikan ayat yang dihafal dapat difahami.
Buku Hafalan Mudah Tahfiz dilengkapi:
● Khat Resam Uthmani.
● Terjemahan dan panduan dalam bahasa Melayu.
● Pembahagian blok berwarna dalam setiap surah pilihan mengikut kaedah hafalan.
● Tajwid Berwarna berserta panduan.
● Panduan praktikal kaedah hafalan Tahfiz yang mudah dan ringkas.
● Panduan dan langkah-langkah menjadi Ahlul Quran.
● 14 Surah pilihan.
● Pengenalan, asas utama, fadhilat dan tema setiap surah- surah pilihan.
● Jadual semakan hafalan.
● Kata kunci awal dan akhir ayat bagi memudahkan hafalan.
● Tema ayat yang ringkas dan padat.
● Doa-doa ringkas dalam setiap surah pilihan.
● Kosa kata pilihan dalam setiap surah.
● Adab-adab terhadap al-Quran.
Buku: Hafalan Mudah Tahfiz: Panduan Hafal Quran Kaedah 5 Waktu Solat Dalam 1 Hari
Terbit: 2017
Format: Kulit Nipis
Halaman: 112
ISBN: 978-967-86-0809-1