Cara Guna Kod Cara Beli & Pos Hantar Resit Login / Daftar Shopping Cart
BOOKJANNAH.com

Cart

0 item(s) RM0.00
Your shopping cart is empty!
Menu
  • Utama
  • Buku Agama & Umum
    • Adab & Tasawuf
    • Agama
    • Aqidah
    • Bisnes & Kewangan
    • Doa, Yasin, Zikir
    • Fiqah
    • Hadis
    • Haji & Umrah
    • Ibadah
    • Ilmu Al-Quran
    • Kamus & Bahasa
    • Kanak-Kanak
    • Kesihatan
    • Kombo & Kitab Berjilid
    • Motivasi
    • Parenting
    • Ramadan
    • Resepi
    • Rujukan Sekolah
    • Sejarah & Tokoh
    • Seni & Jahitan
    • Sirah
    • Solat
    • Tarbiah
    • Travelog
    • Umum
    • Wanita & Keluarga
    • Islamic Books
  • Al-Quran
    • Quran Biasa
    • Quran Muslimah
    • Quran Per Kata
    • Quran Tafsir & Terjemahan
    • Quran Tajwid Berwarna
    • Quran Waqaf & Ibtida'
  • Terbaru
  • Wakaf Quran
  • Cara Beli & Pos
Home » Solat » Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat: Edisi Kemaskini

WEBSITE DALAM PENYELENGGARAAN

Order tidak diterima dalam tempoh ini.
Terima kasih kerana melayari BOOKJANNAH.com

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat: Edisi Kemaskini

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat: Edisi Kemaskini
Click To Enlarge
Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat: Edisi Kemaskini
Brand: PTS Publications
Product SKU: PTS366
Availability: In Stock
Price: RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare
0 reviews  0 reviews  |  Write a review
Share
Description Reviews (0)

ANDA BERTANYA USTAZ MENJAWAB MENGENAI SOLAT: EDISI KEMASKINI
Rohidzir Rais

Solat untuk Semua

Ibadah zakat memerlukan material berupa harta kekayaan yang mencukupi jumlahnya dan sebahagiannya perlu cukup kiraan setahun tempoh pemilikannya. Beruntung mereka yang dikurniakan limpahan harta kekayaan hingga berpeluang mengerjakan ibadah yang mulia ini.

Namun bagaimana pula mereka yang tidak berharta atau tidak mampu mengeluarkan zakat? Pasti timbul rasa terkilan bagi mereka yang berpendapatan rendah atas kegagalan melaksanakan tuntutan Allah ini.

Namun, berbeza dengan solat, ia diwajibkan ke atas siapa sahaja yang mencapai usia matang tanpa mengira status kehidupan mahu pun kekayaan. Kelayakan minima solat ini membolehkan ibadah ini dilakukan oleh semua orang Islam.


Solat, Pelerai Status Sosial

Amat mengharukan apabila melihat jemaah di dalam masjid yang menunaikan solat bersama tanpa mengira pangkat dan darjat. Seorang kaya yang berjubah mahal bersolat di samping seorang tukang kasut berbaju lusuh.

Seorang menteri berpangkat tinggi sujud di sebelah seorang penganggur entah dari mana. Walau berbeza darjat dan kasta, namun mereka menyembah Tuhan yang sama, bersujud kepada seorang Pencipta yang satu.

Menakjubkan, bagaimana ibadah solat ini merungkai segala ikatan egonisme dan melerai tembok materialis yang memisahkan seorang manusia dengan manusia yang lain. Namun dalam solat, mereka hanya hamba-hamba Allah yang bersujud kepada-Nya. Membezakan kedudukan mereka, hanya ketakwaan.


Solat, Perniagaan Tanpa Modal

Ibadah haji yang dikerjakan berpuluh ribu manusia di Makkah setiap tahun adalah syiar global Islam di dunia. Ia simbol universal agama Islam dan umatnya. Namun, ibadah haji menuntut keperluan yang tinggi dari segi kos perjalanan yang meningkat setiap tahun dan peruntukan masa yang sukar dipenuhi.

Malah kepadatan kuota jemaah haji yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi juga menjadi penghalang kepada seorang Islam menunaikan ibadah teragung ini. Natijahnya tidak ramai yang berpeluang mengerjakan haji, dan kalau pun berpeluang, tiada jaminan ibadahnya sempurna.

Justeru, ibadah haji adalah tuntutan yang memerlukan modal terlalu besar untuk dilakukan, sekali gus menyekat penyertaan ramai individu Muslim.Tetapi sebaliknya bagi solat. Ia adalah satu-satunya ibadah berganjaran besar tanpa memerlukan modal besar.

Solat tidak menuntut kos pengangkutan yang tinggi kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja. Justeru, ia juga tidak perlu dihadkan dengan kuato tertentu kerana tempat solat tidak ditentukan pada suatu negeri tertentu.

Rasulullah pernah menceritakan mengenai kelebihan baginda dan umatnya dibandingkan dengan para nabi dan umat mereka yang lain. Antara kelebihan itu ialah Allah menjadikan seluruh muka bumi ini tempat bagi orang Islam menunaikan solat.


Solat, Pintu Pertama ke Syurga

Ibadah yang diwajibkan ke atas orang Islam adalah anak kunci bagi mereka membuka pintu-pintu syurga dan mengunci pintu-pintu neraka. Setiap ibadah yang dilakukan dengan sempurna melayakkan seorang hamba bergerak hampir kepada Allah dan syurga-Nya.

Pada ibadah zakat terdapat pintu untuk dibuka, pada ibadah haji dan umrah juga terdapat pintu untuk ke syurga. Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain. Namun begitu, solat mempunyai kedudukan istimewa kerana ia adalah pintu pertama yang perlu dibuka sebelum sampai kepada pintu-pintu lain.

Rasulullah pernah berpesan bahawa amalan pertama yang dihitung ialah solat. Sekiranya solatnya baik, dia akan berbahagia dan beruntung. Sekiranya rosak, dia pasti menyesal dan rugi. Ini memberikan gambaran jelas mengenai keutamaan solat dibandingkan dengan ibadah-ibadah yang lain.

Tidak kira berapa juta ringgit disumbangkan sebagai sedekah atau zakat, tidak kisah berapa kali seorang itu menunaikan haji dan umrah, sekiranya dia meninggalkan solat, semua ibadah yang lain tidak berguna.

Ironiknya, ibadah paling tidak eksklusif, tanpa modal dan kelihatan terlalu mudah inilah yang paling bernilai di sisi Allah. Mengapa tidak, semua orang boleh membayar zakat, menunaikan haji, berpuasa dan mengucapkan syahadah.

Namun tidak semua orang mampu menjaga waktu solat fardu yang perlu dilakukan setiap hari. Solat adalah connection langsung seorang hamba kepada Penciptanya tanpa perantaraan material atau manusia lain.

Hanya takwa dan iman yang mampu menggerakkan seorang hamba menyembah-Nya lima waktu setiap hari. Mencari kesempurnaan dalam solat, pembaca perlu terlebih dahulu memahami, solat adalah ibadah paling istimewa. Ia adalah talian pantas untuk terus berhubung dengan Allah.

Solat adalah ibadah unik yang perlu dipelihara dan dikerjakan dengan sempurna. Hanya dengan memahami hakikat ini, seorang hamba dapat berusaha mendirikan solat dengan sempurna.





Buku: Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat: Edisi Kemaskini
Penulis: Rohidzir Rais
Format: Kulit Nipis
Halaman: 432
ISBN: 978-967-481-394-9



Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good


Continue
Tags: anda, bertanya, ustaz, menjawab, mengenai, solat, rohidzir, rais, edisi, kemaskini
Related Product
Formula Solat Sempurna
Formula Solat Sempurna
RM28.00
0 reviews
Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah
Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah
RM22.00
0 reviews
Praktikal Solat Sempurna
Praktikal Solat Sempurna
RM28.00
1 reviews
BOOKJANNAH.com
Categories
  • Buku Terbaru
  • Al-Quran
    • Quran Biasa
    • Quran Muslimah
    • Quran Per Kata
    • Quran Tafsir & Terjemahan
    • Quran Tajwid Berwarna
    • Quran Waqaf & Ibtida'
  • Adab & Tasawuf
  • Agama
  • Aqidah
  • Bisnes & Kewangan
  • Buku Kombo & Kitab Berjilid
  • Fiqah
  • Hadis
  • Ibadah
    • Doa, Yasin, Zikir
    • Haji & Umrah
    • Ramadan
    • Solat
  • Ilmu Al-Quran
  • Kamus & Bahasa
  • Kanak-Kanak
  • Kesihatan
  • Motivasi
  • Resipi
  • Rujukan Sekolah
  • Sejarah & Tokoh
  • Seni & Jahitan
  • Sirah
  • Tarbiah
  • Travelog
  • Umum
  • Wanita & Keluarga
    • Parenting
  • Islamic Books

Cara Beli & Pos

  • Cara Beli & Pos
  • Cara Guna Kod Kupon
  • Terms
  • Privacy

Facebook & IG

  • Facebook
  • Instagram
  • Hubungi / Contact Us
  • Tentang

Registered Account

  • Login / Daftar
  • Hantar Resit / Receipt Upload
  • Status Order
  • Wishlist

Copyright © 2021 BOOKJANNAH.com. All rights reserved.eCommerce by SiteGiant