Naskhah ini memaparkan kaedah menghasilkan langsir eyelet dan pelmet. Terdapat pelbagai teknik yag berbeza dalam menghasilkan kedua-dua langsir tersebut.
Idea-idea yang dikongsikan di dalam buku Variasi Jahitan Langsir 2 ini dapat membantu pembaca menghasilkan langsir dengan pelbagai rekaan.
Turut dimuatkan dalam buku kraf ini ialah cara pengiraan langsir eyelet dan pelmet. Di samping itu, diajar juga cara menghasilkan aksesori hiasan langsir seperti bunga rosset, bow dan sebagainya.
Variasi Jahitan Langsir 2 memberikan idea kreatif dalam menghasilkan langsir yang lebih menraik dan bergaya. Pasti kediaman anda lebih menyerlah dengan adanya langsir yang menawan. Buku kraf jahitan langsir ini sesuai dijadikan panduan dalam menjahit langsir.