SABILUL MUTTAQIN: PANDUAN ZIKIR HARIAN & QIAMULLAIL
Haji Mohd Jamil Sadaqi bin Syeikh Tajuddin al-Jarumi
Buku penawar terbaik bagi jiwa yang inginkan ketenangan - amalan qiamullail dan zikir. Kedua-duanya menjadi penghubung kuat seorang hamba dengan Allah.
Sabilul Muttaqin: Panduan Zikir Harian dan Qiamullail adalah gabungan dua buah kitab asal Risalah Qiamullail dan Himpunan Zikir Muttaqin karya al-Marhum Dato’ Syeikh Tajuddin al-Jarumi, yang menghimpun amalan Baginda, para Sahabat, tabi‘in dan alim ulama yang diakui kehebatan mereka.
Bahagian pertama mengupas serba-serbi tentang qiamullail, merangkumi tip untuk mudah berqiamullail, amalan ketika qiamullail, doa-doa, serta zikir yang sahih.
Bahagian kedua khusus menghimpunkan zikir-zikir yang diambil daripada sumber yang jelas kesahihannya. Sabilul Muttaqin: Panduan Zikir Harian dan Qiamullail ini merangkumi Ratib al-Haddad, zikir pagi dan petang, zikir selepas solat fardu, selawat, dan doa-doa mustajab.