AL-QURAN AL-KARIM WAQAF IBTIDA & TAJWID WARNA SAIZ A4
Mengetahui tempat berhenti (waqaf) ketika membaca al-Quran merupakan kemampuan asas yang perlu dimiliki setiap muslim. Memahaminya dapat memberi kemudahan pada yang membaca dan mendengar untuk menambah kefahaman terhadap makna ayat-ayat al-Quran.
Oleh kerana itu, bagi memudahkan dan memberikan bimbingan dalam membaca al-Quran secara tartil, Mushaf al-Quran Waqaf & Ibtida’ Karya Bestari ini telah disusun untuk membantu anda untuk memberhentikan dan memulakan kembali bacaan al-Quran pada ayat-ayat tertentu.
Al-Quran Waqaf & Ibtida' Resam Uthmani ini telah diluluskan oleh Lajnah Tasheh al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.
Tampil dalam 2 saiz yang berbeza,saiz A4 dan A5 memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih saiz dan warna yang disukai.
Spesifikasi Al-Quran Al-Karim Waqaf Ibtida & Tajwid Warna A4
Saiz: 30 x 21 (Saiz A4)
Format: Kulit Keras
Kertas: Khusus Al-Quran
Cetakan: Berwarna Penuh
Halaman: ~633
Tali Penanda: 3 Helai
ISBN: 9789834334345 Warna: Biru, Hijau, Hitam, Merah, Ungu