WEBSITE DALAM PENYELENGGARAAN
Order tidak diterima dalam tempoh ini.
Terima kasih kerana melayari BOOKJANNAH.com
Quran Saintifik (Edisi Kemaskini 100% Berwarna)
Dr. Danial Zainal Abidin
Sains dan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan umat Islam disuruh Allah untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20, Allah menyatakan yang bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.”
Malah lebih daripada itu, Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar mereka sebagai ulul albab, golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul.
Rangsangan daripada ayat-ayat ini dan yang seumpamanya berjaya melahirkan ramai saintis daripada kalangan umat Islam. Malah sains moden tidak akan berkembang tanpa saintis-saintis beragama Islam ini.
Quran Saintifik Edisi Kemas Kini yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin ini menghidangkan kepada pembaca tentang keagungan Tuhan dan kehebatan mukjizat Al-Quran melalui kacamata Islam dan sains. Buku ini juga membahaskan secara terperinci penemuan-penemuan saintifik yang terkini serta fenomena-fenomena sains yang membenarkan Al-Quran.
Antara Topik BAHAGIAN 1: Cemerlang dengan Menguasai Dua Ayat Cara Hidup yang Komprehensif
Islam Pemangkin Sains
Mementingkan Bukti dan Dalil
Quran Melahirkan Minda Progresif
Sains Berkonsepkan Tauhid
Keharmonian antara Quran dan Sains
Metodologi Pentafsiran Quran & Pentafsiran Quran Menggunakan Sains
Bolehkah Diterima Penemuan oleh Saintis Kafir?
Sains Memantapkan Kefahaman Quran
Sains Membawa kepada Iman
Sains Bukan Segala-galanya
Antara Topik BAHAGIAN 2: Permulaan Alam Semesta adalah Permulaan Segala-Galanya
Quran dan Teori Kejadian Alam
Penciptaan Alam dalam Enam Hari?
Apa yang Dicipta Dahulu, Langit ataupun Bumi?
Black Holes Tanah Perkuburan Bintang-Bintang?
Bintang-Bintang dan Nebula Ros
Matahari dan Akhir Hayatnya
Orbit-Orbit Bumi dan Objek di Langit
Zulkarnain dan Matahari
Proses Kejadian Bumi
Wujudkah Hidupan di Kosmos?
Antara Topik BAHAGIAN 3: Manusia dan Asal Usulnya
Hidupan Berasal daripada Air?
Air Asas kepada Kejadian Manusia
Manusia, Adam, Kejadian Hawa & Teori Evolusi Darwin
Sains Menemui Adam dan Hawa?
Kejadian Manusia dan Ilmu Embriologi
Pendengaran, Penglihatan, dan Akal
Embriologi Quran dan Pandangan Saintis
Quran Menciplak Embriologi Yunani?
Benih Terbit antara Sulbi dan Taraib?
Roh Ditiupkan pada 40 ataupun 120 Hari?
Susu Ibu Mengikut Quran dan Sains
Penyusuan Dua Tahun, Adakah Masih Relevan?
Antara Topik BAHAGIAN 4: Tujuan dan Matlamat Hidup Manusia
Ibadah sebagai Tujuan dan Hikmah Ibadah
Padah Maksiat, Pengharaman Arak & Penyalahgunaan Najis Dadah
Pengharaman Daging Haiwan Liar & Babi
Khasiat Diet Nabi
Khasiat Madu Lebah, Buah Zaitun, Buah Tin, Buah Tamar, Air Zamzam
Buah Tamar, Ibu Mengandung dan Tahnik
Cara Penyembelihan Islam & Barat
Ibadah, Kebersihan, Khatan dan Sains
Tanah sebagai Agen Pencuci
Kerelevanan Mandi Wajib
Kewajipan Berwuduk, Wuduk dan Sains
Hikmah Solat, Solat dan Kesihatan
Solat, Meditasi dan Yoga
Hikmah Menutup Aurat, Aurat Wanita dan Kesihatan
Hikmah Puasa, Rahsia Bersahur, Puasa dan Detoksifikasi
BAHAGIAN 5: Epilog
Sains Menonjolkan Tuhan
Quran Pemangkin Ilmu Sains
Sains Membenarkan Quran
ISBN: 978-967-411-200-4
Halaman: 312