Al-Quran Pelangi Balqis ini mengandungi 319 Tafsir Bertema - Istimewa Untuk Muslimah. Menampilkan keistimewaan khat atau tulisan yang lebih besar dan selesa untuk dibaca.
Disajikan dengan bentuk pelbagai tema ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema Akidah & Akhlak sesuai bagi golongan wanita.
1) Tema HUKUM - Berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh, ayat tersebut berlaku juga pada golongan wanita.
2) Tema IBRAH – Menceritakan kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita.
3) Tema TOKOH WANITA – Menerangkan tentang tokoh-tokoh wanita di dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang harus diikuti atau dijauhi.
4) Tema AKIDAH & AKHLAK – Menghuraikan berkenaan akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhi akhlak tercela supaya terhindar daripada kemurkaan-NYA.
Eksklusif dibawakan 33 Pesanan Rasulullah SAW Kepada Wanita di akhir mushaf. Mushaf Al-Quran terjemahan Bahasa Malaysia dengan tajwid berwarna. Khat al-Quran menggunakan penulisan Resam Uthmani. Mempunyai Panduan Tanda Wakaf dan Tanda Bacaan.
Disemak oleh Ahli Lajnah Tasheh Al-Quran KDN Malaysia dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.
Spesifikasi Al-Quran Pelangi Balqis B5: Saiz: 25 x 17.5 cm
Format: Beg Tangan
Kertas: Artistik Matte Paper
Cetakan: Berwarna Penuh
Halaman: ~640
Tali Penanda: 3 Helai Warna: Hijau, Merah, Merah Jambu, Kuning, Tekois, Ungu
Al-Quran Pelangi Beg Tangan terdapat dalam 3 saiz: ● Saiz A6 (Small) - Al-Quran Zahra (Saiz Poket) ● Saiz A5 (Medium) - Al-Quran Muslimah ● Saiz B5 (Regular) - Al-Quran Balqis
Al-Quran Pelangi Kulit Keras terdapat dalam 2 saiz:
● Saiz A6 (Small) - Al-Quran Ar-Raudhah (Saiz Poket)
● Saiz B5 (Regular) - Al-Quran Firdaus
Klik butang Whatsapp bagi pembelian kuantiti untuk hadiah, doorgift atau urusan Wakaf Al-Quran.
Sila lihat 'Related Product' di bawah untuk pilihan saiz.