PROPHET YUSUF SERIES 3
Ummu Ammar Amir, Ris Melati Shamsuddin
Buku Prophet Yusuf Series 3 ini merupakan kesinambungan daripada Prophet Yusuf Series 1 & 2 yang mengisahkan nasib Nabi Yusuf setelah ditinggalkan oleh adik-beradiknya didalam perigi buta.
Kemudian Nabi Yusuf ditemui kalifah dagang dan membesar menjadi pemuda yang sangat kacak. Akibat satu peristiwa baginda dipenjarakan.
Turutan cerita ini dikisahkan dengan begitu menarik sekali melalui gambaran yang berwarna-warni bagi memudahkan pemahaman pembaca.
Pengajaran yang diterapkan dalam penceritaan ini juga mampu mendidik jiwa kanak-kanak agar mencintai Al-Quran dan Sunnah.
Penceritaan sirah nabi Yusuf dengan kaedah yang menarik melalui terjemahan surah Yusuf yang mudah dan ringkas bagi memudahkan pemahaman pembaca.
Prophet Yusuf Series 3 disertakan dengan aktiviti menarik yang boleh merangsang minda dan menarik minat kanak-kanak melalui aktiviti mewarna, kuiz uji minda dan sebagainya.
Membantu meningkatan kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar dan berfikir serta menambah perbendaharaan kata bahasa Arab.
Buku: Prophet Yusuf Series 3
Penulis: Ummu Ammar Amir, Ris Melati Shamsuddin
Terbit: Julai 2017
Format: Kulit Nipis
Halaman: 104
ISBN: 978-967-388-279-3