PROJEK MEGA DALAM RUMAH SIRI 1
Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi
Macam mana nak jatuh cinta dengan Al-Quran? Biar seronoknya tu lebih manis daripada saat bercuti di luar negara. Seperti mana Al-Quran yang dinanti-nantikan turunnya oleh generasi awal, 'live' penuh pengalaman, dinikmati dan segera diamalkan.
Sama-samalah kita mencipta 'saat lazat' seisi keluarga bersama Al-Quran tidak kiralah samada kita seorang pelajar, pekerja, doktor, anak, ibubapa, suri ummah, raja atau siapa sahaja. Ciptakannya dengan matlamat yang jelas dan pelan strategik yang tersusun.
Kenapa ia penting?
Kerana ia menentukan darjat kita di sisi Allah SWT di dunia dan di syurga. Buku Siri 1 ini menghuraikannya dengan penuh inspirasi.
Mulai hari ini juga, jadikan saat bersama Al-Quran itu, bukan saat 'beban', bukan saat 'stress'. Tapi 'saat lazat' seperti sedang menikmati makanan paling lazat di dunia.
Buku: Projek Mega Dalam Rumah Siri 1
Penulis: Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi
Terbit: Januari 2018
Format: Kulit Nipis
Halaman: 206
ISBN: 9789671486160