Cara Guna Kod Cara Beli & Pos Hantar Resit Login / Daftar Shopping Cart
BOOKJANNAH.com

Cart

0 item(s) RM0.00
Your shopping cart is empty!
Menu
  • Utama
  • Buku Agama & Umum
    • Adab & Tasawuf
    • Agama
    • Aqidah
    • Bisnes & Kewangan
    • Doa, Yasin, Zikir
    • Fiqah
    • Hadis
    • Haji & Umrah
    • Ibadah
    • Ilmu Al-Quran
    • Kamus & Bahasa
    • Kanak-Kanak
    • Kesihatan
    • Kombo & Kitab Berjilid
    • Motivasi
    • Parenting
    • Ramadan
    • Resepi
    • Rujukan Sekolah
    • Sejarah & Tokoh
    • Seni & Jahitan
    • Sirah
    • Solat
    • Tarbiah
    • Travelog
    • Umum
    • Wanita & Keluarga
    • Islamic Books
  • Al-Quran
    • Quran Biasa
    • Quran Muslimah
    • Quran Per Kata
    • Quran Tafsir & Terjemahan
    • Quran Tajwid Berwarna
    • Quran Waqaf & Ibtida'
  • Terbaru
  • Wakaf Quran
  • Cara Beli & Pos
Home » Penawar Bagi Hati

WEBSITE DALAM PENYELENGGARAAN

Order tidak diterima dalam tempoh ini.
Terima kasih kerana melayari BOOKJANNAH.com

Penawar Bagi Hati

Penawar Bagi Hati
Click To Enlarge
Penawar Bagi Hati
Brand: PTS Publications
Product SKU: PTS057
Availability: Out Of Stock
Price: RM50.00

Add to Wish List
Add to Compare
0 reviews  0 reviews  |  Write a review
Share
Description Reviews (0)

PENAWAR BAGI HATI
Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Mandili


"Ketahuilah, pada jasad itu terdapat segumpal daging. Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Namun, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, itu adalah hati." - Shahih Bukhari

Penawar Bagi Hati adalah sebuah kitab tasawuf yang menjadi rujukan sepanjang zaman. Kitab ini terkenal dalam kalangan pengajar dan pelajar yang mengikuti pengajian di masjid-masjid ataupun pondok.

Di dalamnya membincangkan aspek fizikal dan rohani setiap insan, merangkumi tujuh anggota fizikal yang berperanan dalam melakukan ibadah kebaikan mahupun keburukan.

Anggota itu adalah mata, telinga, lidah, perut, faraj, kedua-dua tangan dan kaki. Kemudian, diikuti dengan kriteria 10 sifat mazmumah dan 10 sifat mahmudah yang semuanya berpangkalan dan berpusat pada hati.

NAFAS BARU UNTUK KITAB KUNING

Seiring dengan perkembangan semasa, PTS Publishing House berusaha mengambil inisiatif memberi nafas baharu kepada kitab-kitab kuning seperti Penawar Bagi Hati ini. 


Pendekatan yang dilakukan dalam buku ini adalah seperti berikut:


Teks Rumi: 

Terjemahan teks ke dalam tulisan rumi dengan pengolahan gaya bahasa moden. Ini bagi memudahkan para pembaca memahami maksud penyampaian buku ini.


Teks Jawi: 

Mengekalkan teks dan gaya bahasa jawi lama tanpa mengubah ejaan asal. Bagi teks ayat Al-Quran dan hadith, hanya dimasukkan terjemahan ayat, manakala matannya di dalam Bahasa Arab dimuatkan pada bahagian Teks Rumi.


Nota Kaki: 

Bagi hadith ataupun perkataan yang memerlukan rujukan dan penjelasan, disertakan nota kaki dan syarah oleh pentahqiq.


Catatan: 

Dimuatkan ruang kosong untuk catatan oleh pembaca.

BIODATA PENTAHQIQ
Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Anas Madani merupakan pelajar Malaysia yang ke-3 mendapat Ph.D daripada Univesiti Islam Madinah.

Dilahirkan di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan sekaligus sebagai penyelia di pondok itu. Aktif memberi kuliah dan ceramah agama terutamanya berkaitan pengajian kitab-kitab turath.

Setelah sekian lama Penawar Bagi Hati digunakan sebagai rujukan dalam pengajian tasawwuf, beliau mengambil inisiatif menghuraikan isi kandungan kitab ini beserta syarah dan tahqiq sejajar dengan perkembangan semasa bagi memudahkan rujukan kepada pengajar dan juga pembaca umum.


BIODATA PENULIS
Namanya Abdul Qadir bin Abdul Muthalib bin Hasan atau lebih dikenali dengan Syeikh Abdul Qadir Mandili. Beliau adalah seorang ulama Melayu yang aktif dan terkemuka di Makkah.

Beliau seorang ulama besar kelahiran Sigalangang, Tapanuli Selatan, iaitu sebuah wilayah di Sumatera Utara. Dikenali sebagai Al-Mandili kerana berketurunan Mendailing.

Beliau adalah guru di Masjidil Haram dan dikatakan sebagai seorang ulama yang alim. Sepanjang menjadi guru di Masjidil Haram selama hampir 30 tahun, Syeikh Abdul Qadir terkenal kerana alim dalam pelbagai cabang ilmu. 





Buku: Penawar Bagi Hati
Penulis: Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Mandili
Terbit: 2015
Format: Kulit Tebal
Halaman: 512
ISBN: 978-967-411-369-8



Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good


Continue
Tags: penawar, bagi, hati, syeikh, abdul, qadir, bin, muthalib, al-mandili
Related Product
Penawar Bagi Hati - Edisi Jimat
Penawar Bagi Hati - Edisi Jimat
RM28.00
3 reviews
Tazkiyah an-Nafs: Kajian Lengkap Penyucian Jiwa - Intisari Ihya Ulumuddin
Tazkiyah an-Nafs: Kajian Lengkap Penyucian Jiwa - Intisari Ihya Ulumuddin
RM65.00
1 reviews
BOOKJANNAH.com
Categories
  • Buku Terbaru
  • Al-Quran
    • Quran Biasa
    • Quran Muslimah
    • Quran Per Kata
    • Quran Tafsir & Terjemahan
    • Quran Tajwid Berwarna
    • Quran Waqaf & Ibtida'
  • Adab & Tasawuf
  • Agama
  • Aqidah
  • Bisnes & Kewangan
  • Buku Kombo & Kitab Berjilid
  • Fiqah
  • Hadis
  • Ibadah
    • Doa, Yasin, Zikir
    • Haji & Umrah
    • Ramadan
    • Solat
  • Ilmu Al-Quran
  • Kamus & Bahasa
  • Kanak-Kanak
  • Kesihatan
  • Motivasi
  • Resipi
  • Rujukan Sekolah
  • Sejarah & Tokoh
  • Seni & Jahitan
  • Sirah
  • Tarbiah
  • Travelog
  • Umum
  • Wanita & Keluarga
    • Parenting
  • Islamic Books

Cara Beli & Pos

  • Cara Beli & Pos
  • Cara Guna Kod Kupon
  • Terms
  • Privacy

Facebook & IG

  • Facebook
  • Instagram
  • Hubungi / Contact Us
  • Tentang

Registered Account

  • Login / Daftar
  • Hantar Resit / Receipt Upload
  • Status Order
  • Wishlist

Copyright © 2021 BOOKJANNAH.com. All rights reserved.eCommerce by SiteGiant