PANDUAN UMRAH & ZIARAH (BERTALI)
Hj. Abu Mazaya Al-Hafiz
Umrah adalah haji kecil. Berbeza dengan ibadah haji, umrah boleh dilakukan sepanjang tahun. Sebelum mengerjakan umrah persiapan yang lengkap juga amat diperlukan khususnya ilmu pengetahuan berkenaannya.
Kehadiran buku panduan umrah dan ziarah ini diharapkan dapat membantu dan memberikan keyakinan kepada kita dalam menunaikan ibadah ini.
Perkara yang rukun, wajib dan sunat disusun secara ringkas dan mudah di dalam buku panduan umrah ini untuk memudahkan lagi perjalanan ibadah.
Dan amat penting juga adalah hati yang tenang dan ikhlas semasa menunaikan ibadah kita. Kita berdoa dan mengharapkan setiap ibadah yang yang kita amalkan akan diterima dan mendapat keberkatan Allah.
Sesungguhnya solatku. ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya untuk Allah, Tuhan Sekalian alam. Amin Ya Rabbal Alamin
KANDUNGAN
Pendahuluan
1. Persediaan Menunaikan Umrah Dan Ziarah
2. Pelaksanaan Umrah Dari Tanah Air Hingga Selesai
3. Berziarah Dan Beribadat Di Madinah
5. Menziarahi Tempat Bersejarah Di Mekah
6. Tawaf Wada'
Buku: Panduan Umrah & Ziarah: Lengkap Dengan Doa & Tatacara Pelaksanaannya (Bertali)
Penulis: Hj. Abu Mazaya Al-Hafiz
Format: Kulit Nipis
Ukuran: 15 cm X 10 cm
Halaman: 133
ISBN: 97896730993829