Setiap pasangan pasti ingin menimang cahaya mata yang sihat dengan secepat mungkin. Namun, kita hanya mampu merancang, dan Allah-lah yang menduga kita dengan pelbagai ujian.
Ada yang berjaya mendapat zuriat dan ada yang terpaksa tunggu bertahun-tahun, bahkan ada yang disahkan mandul. Insya-Allah, buku ini akan membantu semua pasangan, sama ada yang akan menimang cahaya mata atau yang berusaha ke arah itu.
Antara perkara PERLU TAHU yang ada dalam buku ini:
● Panduan untuk Hamil
● Merancang Jantina Bayi
● Perkembangan Janin
● Rangsangan Sensori Prenatal
● Makanan Terbaik untuk Kehamilan
Bukan itu sahaja, turut diperjelaskan:
● Kompilkasi kehamilan
● Pendarahan Sewaktu Awal Kehamilan
● Pendarahan Peringkat Akhir Kehamilan
● Toksemia Kehamilan
● Mencegah Keguguran
● Mengatasi Kecacatan Bayi
dan banyak lagi.
TENTANG PENULIS:
Prof Dato’ Dr. Hamid Arshat lahir pada 4 Januari 1945. Berkahwin dan memiliki lima orang anak dan 12 orang cucu. Berkelulusan MBBS (Malaya) 1970, MRCOG (London) 1976 dan FRCOG (London) 1987.
Bekas penuntut Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur (1960- 1964) ini memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Melaka sebaik tamat pengajian pada April 1970. Pada 1985, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (1985–1989).
Kini, beliau adalah Pengerusi Yayasan Jabal Nur (YJN) (bermula Januari 2014 hingga sekarang). Selain itu beliau juga adalah Konsultan di Klinik Dr Hamid Arshat dan Hospital Pantai Kuala Lumpur (bermula Februari 1989 hingga sekarang). Kepakaran khusus beliau ialah dalam bidang kesuburan, kemandulan dan kesihatan wanita.
Projek terkini beliau ialah program Timang Plus untuk menghasilkan ibu bapa cemerlang dan anak-anak genius yang dianjurkan bersama Yayasan Jabal Nur dan Aktifotak.
Buku: Nasihat Pak Bidan Untuk Wanita
Penulis: Prof Dato’ Dr Hamid Arshat
Terbit: April 2018
Format: Kulit Nipis
Halaman: 176
ISBN: 978-983-097-716-4