MODUL KELUARGA MAWADDAH
Dr. Noor Hisham, Mazidah Muhammad
Modul ini di rangka khusus untuk membantu masyarakat menyemak semua gerbang perkahwinan dan pembinaan keluarga untuk tujuan penambahbaikan.
Modul ini di susun berdasarkan kerangka tasawur Islam yang berpaksikan prinsip tauhid. Ia ialah terjemahan amali kepada Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan dan Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan.
Keistimewaan modul ini ialah persembahannya yang bersifat pratikal dan mudah serta menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh membantu semua ahli keluarga untuk berperanan secara efisien.
Antara kelebihan buku ini:
• Menyediakan pengisian yang menyeluruh dan bersepadu dalam membentuk individu, keluarga dan masyarakat yang berkualiti
• Mudah difahami kerana penulisannya walaupun padat, tetapi bersifat ringan dan santai
• Membantu keluarga yang sedang dalam masalah atau perpecahan untuk kembali bersatu berdasarkan aktiviti dan cadangan yang disediakan ke arah keluarga bahagia
Buku: Modul Keluarga Mawaddah
Penulis: Dr. Noor Hisham, Mazidah Muhammad
Terbit: November 2018
Format: Kulit Nipis
Halaman: 200
ISBN: 978-967-388-411-7