MINHAJUL 'ABIDIN: JALAN PARA 'ABID JILID 2
Imam Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali rahimatullah, adalah tokoh ulama sufi yang terkenal, lebih-lebih lagi dikalangan mereka yang mempelajari kitab-kitab karangan beliau seperti Ihya Ulumuddin, Minhajul 'Abidin, Bidayatul Hidayah dan lain-lain lagi kitab karangan beliau.
Kitab Minhajul 'Abidin ini telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu dan telah dibaca oleh berbagai lapisan masyarakat terutama sekali guru-guru agama yang terlibat secara langsung dalam kelas-kelas takmir masjid atau pengajian-pengajian di masjid, surau atau di pondok-pondok untuk dijadikan panduan atau teks pengajaran.
Seterusnya ia pula sesuai dijadikan bahan rujukan dalam ilmu tasawuf. Ini diperkuatkan lagi kerana pengarangnya adalah Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali yang berotoriti di bidang ini.
Buku: Minhajul 'Abidin: Jalan Para 'Abid Jilid 2
Penulis: Imam Al-Ghazali
Penterjemah: Hj Engku Ali Engku Endut
Format: Kulit Tebal