MAUIZHAH HASANAH 2: TEMAN DI BARZAKH
Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani
Buku Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh ini membicarakan perihal roh dan arwah setelah diceraikan nyawa daripada jasad, peristiwa yang bakal berlaku sebagaimana yang tercatat dalam hadis dan atsar para Sahabat RA.
Juga menjelaskan perkaitan antara roh orang yang telah mati dengan roh orang yang masih hidup. Semuanya untuk kita hayati agar lebih bersedia dalam menyiapkan bekal ke ‘sana’.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda,
"Janganlah kalian memperlihatkan amal-amal keburukan kalian kepada orang yang sudah meninggal antara kalian kerana amal-amal tersebut akan diperlihatkan kepada keluarga keluarga kalian yang berada di dalam kubur." (Riwayat Ibnu Abi Ad-Dunya dan Al-Asbahani)
Sekalipun tidak malu kepada Allah ketika melakukan maksiat, malulah kepada orang yang sudah meninggal dalam kalangan keluarga kamu, kerana amal burukmu itu dipertontonkan kepada para arwah.
Buku: Mauizhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh
Penulis: Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani
Terbit: Januari 2017
Format: Kulit Nipis
Halaman: 256
ISBN: 978-983-097-624-2