KHILAFIAH: PERSOALAN & PENJELASAN
Ustaz Muhadir Haji Joll
Khilafiah: Persoalan & Penjelasan ini mengumpulkan segala persoalan yang bersifat khilafiah (perbezaan pendapat dalam perkara cabang). Walaubagaimanapun, terdapat juga persoalan tentang akidah dan persoalan yang sudah diijmakkan oleh para ulama.
Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat. Perkara-perkara yang sudah lama diamalkan dalam masyarakat Islam negara ini dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggungjawabkan.
Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan syariah, apatah lagi ia terkeluar daripada landasan Islam. Buku ini membentangkan penjelasan para ulama muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap al-Quran, Hadis, mahupun sumber-sumber istinbat yang lain.
Buku: Khilafiah: Persoalan & Penjelasan
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Penerbit: Inteam Publishing
Terbit: Februari 2014
Format: Kulit Tebal
Halaman: 737
ISBN: 978-967-0326-50-4