Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW
Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki
Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW adalah sebuah biografi yang padat dengan fakta ringkas tetapi lengkap mengenai junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan perjalanan hidup Baginda.
Naskhah yang memberi gambaran kepada pembaca untuk menyelami kehidupan sebenar Rasulullah sejak dari awal kelahiran sehinggalah kewafatan Baginda.
Buku ini mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW ini lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik.
Biografi Lengkap Rasulullah SAW ini diterjemah dan dikemaskini daripada karya asal Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah. Semoga setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menamba rasa cinta terhadapnya.