KAMUS LENGKAP JEPUN-MELAYU-JEPUN
M. Juanita S., Aiko Megumi
Di dalam dunia pendidikan, jika kita dapat menguasai lebih dari satu bahasa is adalah satu keistimewaan dan kelebihan. Kamus lengkap Jepun-Melayu, Melayu-Jepun ini telah disusun dengan rapi dan menarik untuk memberi kemudahan kepada pembaca agar dapat mempelajari bahasa Jepun dengan mudah.
Perkataan-perkataan yang terdapat di dalam kamus ini telah disusun mengikut abjad bagi memudahkan pembaca mencari makna perkataan. Kepada yang berminat untuk mempelajari bahasa Jepun, sewajarnya kamus ini dimiliki kerana bahasanya mudah difahami dan dipelajari.