“Percayalah- tidak ada buku lain yang menerangkan subjek ini sebegitu mudah dan jelas.”
Jamie Reeve, PENGERUSI, Great Little Trading Company
“Seolah-olah kabus tebal yang menghilang… tiba-tiba sahaja saya memahaminya dan saya baru membaca halaman 10.”
Paul Sanett, Pengarah kanan, Global B2B Hilton Worldwide
Kini memasuki edisi keenam, buku terlaris ini ditulis untuk sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk mengenali, memahami dan berbincang tentang nombor dengan mudah.
Perakaunan secara umumnya dilihat sebagai subjek yang sangat teknikal dan rumit. Bagaimanapun, akaun sebenarnya berasaskan prinsip yang mudah. Akaun syarikat tidak rumit; sebaliknya cara akaun itu diterangkan sering mengelirukan.
Menerusi buku yang ringkas, mudah difahami serta diterangkan dengan jelas ini, penulis membimbing anda menelusuri semua konsep utama perakaunan.
Ketahui cara untuk menjadi mahir tentang akaun syarikat; memahami kunci kira-kira, akaun untung rugi, serta penyata aliran tunai; juga ketahui cara untuk menganalisis dan mengawasi prestasi kewangan syarikat anda.
Kandungan tambahan, alatan, templat dan bahan sokongan boleh didapati secara percuma di www.accountsdemystified.com.
“Buku yang sangat hebat- benar-benar mengotakan yang dikata!”
John Bates, Profesor Adjung Keushawanan, London Business School
Buku: Akaun Cara Mudah (Edisi Keenam)
Penulis: Anthony Rice
Penerbit: ITBM
Format: Kulit Nipis
Halaman: 292
ISBN: 9789674307899