BULUGHUL MARAM: PANDUAN SEMPURNA IBADAH SEORANG MUSLIM
Ibnu Hajar Al-Asqalani
Bulughul Maram merupakan antara karya yang masyhur daripada Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani. Dengan ketinggian ilmunya, kitab turath ini menjadi panduan lengkap hadis berkaitan masalah ibadah, fiqh, mua'malah, akhlak, keutamaan amal, zikir dan doa. Mengumpulkan lebih 1596 buah hadis, kitab ini tetap menjadi rujukan bagi umat Islam sehingga ke hari ini.
Susunannya yang sistematik, ringkas dan padat serta sumber-sumber yang jelas dinyatakan daripada rujukan hadis menjadikannya lebih istimewa dalam mengkaji pelbagai permasalahan.
Tambah menarik, kitab ini didatangkan dengan takhrij daripada Syeikh Nasiruddin Albani dan ditahqiq oleh Syeikh Muhammad bin Soleh 'Utsaimin, Muhammad Hamid Faqi dan Abdullah Bassam.
Ia sesuai digunakan oleh semua orang dari pelbagai peringkat dari yang awam sehinggalah yang terpelajar sama ada dijadikan sebagai panduan, rujukan, kajian dan lain-lain.
Semoga kehadiran kitab ini dapat membantu dan memudahkan kita untuk memahami bait-bait pesanan daripada hadis Rasulullah SAW dan secara tidak langsung dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan sebagai muslim. InsyaAllah.
Antara yang terkandung di dalam kitab ini:
● Glosarium Hadis
● Teks Hadis
● Terjemahan
● Takhrij
● Tahqiq
● Kesimpulan
Buku - Bulughul Maram: Panduan Sempurna Ibadah Seorang Muslim
Penulis: Ibnu Hajar Al-Asqalani
Takhrij: Muhammad Nasiruddin Albani
Tahqiq: Muhammad Bin Soleh 'Utsaimin, Muhammad Hamid Faqi, Abdullah Bassam
Terbit: Julai 2016
Format: Kulit Tebal
Halaman: 720
ISBN: 978-967-86-0712-4