MANHAJ RASM UTHMANI: EVOLUSI PENULISAN AL-QURAN
Prof. Abdul Rahman Abdul Ghani
Di samping itu, salah satu cabang ilmu al-Quran yang harus diberikan perhatian, iaitu berkaitan dengan penulisan al-Quran itu sendiri. Sebahagian besar daripada kita sedia maklum bahawa penulisan al-Quran yang digunakan secara rasmi di negara ini ialah Rasm Uthmani.
Namun begitu, tidak ramai yang benar-benar mengetahui sejarahnya. Oleh itu, menjadi satu nilai tambah jika ilmu tentang sejarah penulisan al-Quran ini dapat dipelajari dan diketahui oleh masyarakat Muslim umumnya.
Antara kelebihan buku ini:
• Mendedahkan pembaca agar dapat mengetahui dan mendalami al-Quran, sejarahnya dan metod pembacaannya.
• Menerangkan kaedah pengumpulan al-Quran pada zaman para sahabat.
• Menjelaskan makna di sebalik simbol-simbol tertentu dalam al-Quran.
• Menerangkan sebab sesetengah perkataan dalam al-Quran boleh dibaca lebih daripada satu cara bacaan.
Buku: Manhaj Rasm Uthmani: Evolusi Penulisan Al-Quran: Fakta & Sejarah
Penulis: Prof. Abdul Rahman Abdul Ghani
Terbit: 2019
Format: Kulit Tebal
Halaman: 200
ISBN: 978-967-388-489-6