ASAS ILMU HADIS UNTUK PELAJAR SIRAH NABI
Syihabudin Ahmad
Buku Asas Ilmu Hadis ini menjelaskan tentang ilmu hadis Nabi Muhammad sacara mudah dan ringkas.
Ia ditulis dengan padat bagi memudahkan masyarakat awam khususnya pelajar Ilmu Sirah supaya dapat memahami ilmu haids. Ia salah satu daripada kempen "Semak Sebelum Sebar".
Apakah persoalan yang akan dijawab oleh buku ini?
- Kaitan Ilmu Sirah & Ilmu Hadis?
- Status Ibn Ishaq dalam Hadis dan Sirah?
- Benarkah Orang Awam Tidak Perlu Belajar Ilmu Hadis?
- Berdosakah Sebar Sebelum Semak?
- Pembahagian Hadis Yang Diterima dan Ditolak?
- Pendirian ulama terhadap hadis Dhoif dan Palsu?
Buku ini mengumpulkan maklumat-maklumat asas yang sepatutnya dimiliki oleh semua umat Islam tentang Ilmu Hadis secara minima.
Bukan mahu menjadikan anda ulama, tetapi supaya anda fahami kata-kata mereka.
Buku: Asas Ilmu Hadis Untuk Pelajar Sirah Nabi
Penulis: Syihabudin Ahmad
Terbit: 2017
Format: Kulit Nipis
Halaman: 134
ISBN: 9789671459201