Kehamilan adalah satu keistimewaan hanya milik kaum wanita. Hamil bukan satu bebanan tetapi satu harapan, kesabaran dan kebahagiaan bagi seorang ibu.
Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi seorang ibu yang hamil. Sahabat Rasullulah dalam keadaan sangat miskin dan papa sekalipun, tetap berkeinginan mempunyai anak yang ramai.
Buku Amalan Ibu Mengandung ini terdapat pelbagai amalan dan petua yang bersandarkan daripada Al-Quran, hadis dan pendapat ulama termasuk juga daripada pemerhatian orang soleh.
Buku ini juga berpandukan daripada ilmu perubatan, rawatan perbidanan dan pemakanan moden.
Semua panduan di dalam buku Amalan Ibu Mengandung ini disertakan gambar warna penuh fotografi, lukisan , carta, jadual dan info grafik untuk menerangkan kaedah yang paling tepat supaya mudah difahami dan diamalkan.
Buku: Amalan Ibu Mengandung
Penulis: Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato’ Hj. Muhammad Zakaria, Ummu Sakinah Muhammad
Terbit: April 2017
Format: Kulit Nipis
Halaman: 240
ISBN: 978-967-388-288-5