AL-QURAN AR-RIYADH PERJUZUK PERKATA JUZ 1-30 SAIZ B5
Terjemahan Per Kata + Terjemahan Ayat + Tajwid Berwarna
Al-Quran Ar-Riyadh Perjuzuk Perkata ini dibahagikan kepada 30 buah buku mengikut juzuk dalam satu set lengkap 30 juzuk kesemuanya. Tampil sebagai panduan mudah bagi mempelajari Terjemahan Per Kata ayat-ayat al-Quran.
Melalui kaedah warna yang digunakan pada setiap patah perkataan sama ada di dalam Bahasa Arab mahupun di dalam Bahasa Malaysia tepat di bawah khat tanpa dipisah dan dipotong pada khat atau tulisan Arabnya.
Dengan pengukuhan kata yang tidak terpisah maka ia dapat memudahkan dan memberikan ketenangan serta kelebihan dalam membaca khat atau tulisan ayat al-Quran yang pastinya lebih besar berbanding yang kebiasaannya terpisah.
Al-Quran perkata Resam Uthmani ini turut dilengkapi Kamus Bahasa al-Quran, Indeks Bertema serta Adab-Adab terhadap al-Quran sebagai nilai tambah istimewa pada mushaf ini.
Diluluskan oleh Lajnah Tasheh al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.
Spesifikasi Al-Quran Ar-Riyadh Perjuzuk Perkata Juz 1-30 B5
Saiz: 25.9 x 18.3 (B5)
Format Kotak: Kulit Tebal
Format Quran: Kulit Nipis
Cetakan: Berwarna Penuh
ISBN: 978-967-86-0439-0