AL-QURAN AL-KARIM WAQAF IBTIDA & TAJWID BERWARNA SAIZ B5
Al-Quran Waqaf & Ibtida' + Tajwid Berwarna
Mengetahui tempat berhenti (waqaf) ketika membaca al-Quran merupakan kemampuan asas yang perlu dimiliki setiap muslim. Memahaminya dapat memberi kemudahan pada yang membaca dan mendengar untuk menambah kefahaman terhadap makna ayat-ayat al-Quran.
Oleh kerana itu, bagi memudahkan dan memberikan bimbingan dalam membaca al-Quran secara tartil, Mushaf al-Quran Waqaf & Ibtida’ Karya Bestari ini telah disusun untuk membantu anda untuk memberhentikan dan memulakan kembali bacaan al-Quran pada ayat-ayat tertentu.
Al-Quran Waqaf & Ibtida' Resam Uthmani ini telah diluluskan oleh Lajnah Tasheh al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.
Tampil dalam 3 saiz yang berbeza iaitu saiz A4, B5 dan A5 memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih saiz dan warna yang disukai.
Spesifikasi Al-Quran Al-Karim Waqaf Ibtida' & Tajwid Berwarna B5
Saiz: 25.9 x 18.3 x 2.8 cm (Saiz B5)
Format: Kulit Keras
Kertas: Khusus Al-Quran
Cetakan: Berwarna Penuh
Halaman: ~633
Tali Penanda: 3 Helai
Warna: Biru, Hijau, Kuning, Merah