AJARI AKU TINGGALKAN MAKSIAT
Shukery Azizan, Aiman Afeef
Meninggalkan maksiat, tidaklah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi kalau ianya ditahap ketagihan. Ya, amat susah nak tinggalkan!
Disudut hati orang yang bermaksiat, dia hakikatnya nak berubah. Dia menangis berkali-kali, bertaubat, namun taubatnya itu tak mampu menghilangkan ketagihannya. Dosa itu menghantui. Jatuh bangun, jatuh dan bangun, taubat dan taubat, tangisan demi tangisan. Seolah TIADA JALAN KELUAR untuk meninggalkan maksiat.
AJARI AKU TINGGALKAN MAKSIAT, kami hadiahkan untuk semua orang termasuk diri kami, kerana tiada dikalangan kita yang maksum.
Buku Ajari Aku Tinggalkan Maksiat ini mengupas tentang cara secara teori dan praktikal, rohani dan psikologi, tentang cara nak meninggalkan pelbagai jenis maksiat, antaranya ketagihan rokok, video lucah, game, Gay, Lesbian, LGBT, isu-isu ibadah, dan aqidah.
Melalui buku ini, penulis yakin, ramai orang yang nak berubah. Kuatkan azam, kekalkan semangat, terus maju, move on, jangan hirau apa orang kata, doa pada Allah!
Kerana bila kita telah “tenggelam” dalam lautan amal, maka Allah akan campakkan dalam hati kita perasaan benci dan geli pada maksiat!”
Buku: Ajari Aku Tinggalkan Maksiat
Penulis: Shukery Azizan, Aiman Afeef
Terbit: 2019
Format: Kulit Nipis
ISBN: 9789672118220