50 RESIPI BISKUT & KEK (EDISI KEDUA)
Chef Hanieliza
Buku 50 Resipi Kek & Biskut diberi sentuhan baru dengan gambar-gambar penyediaan yang lebih menarik. Terdapat 6 bonus resipi terkini yang pasti menyelerakan. Indikasi penyediaan yang jelas, iaitu tempoh penyediaan bahan dan tempoh memasak turut disertakan.
Resipi-resipi yang disediakan oleh Chef Hanieliza dalam buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan hidangan semasa hari perayaan ataupun sebarang majlis keraian, tetapi boleh dijadikan juadah minum petang.