100 Wasiat Rasulullah Kepada Wanita
Muhd Nasruddin Dasuki
Alangkah indahnya jika gelaran wanita muslimah itu adalah kita. Cantiknya kita kerana akhlak, moleknya kita kerana budi. Eloknya kita kerana pegangan. Tetapi sifat itu tidak hadir sendiri kecuali dengan usaha dan kemahuan.
Pasti juga tidak mudah dan banyak onak yang perlu ditempuh sebelum mengecap manisnya menjadi wanita solehah. Realitinya, Rasulullah SAW sendiri telah mengangkat martabat wanita ke darjat paling mulia sejak dahulu hingga kini.
Lihatlah, bagaimana akhlak Aisyah r.a, Khadijah r.a, Fatimah r.a dan lain-lain wanita di bawah jagaan baginda. Indah bukan? Apa pula formula baginda mendidik mereka sehingga menjadi penghuni syurga abadi itu?
Rahsianya ada dalam naskhah 100 Wasiat Rasulullah Kepada Wanita ini. Baca dan pratikkan pesanan baginda ini yang merangkumi seluruh kehidupan kaum wanita bermula daripada peringkat anak-anak, remaja, gadis, isteri sekali gus para ibu. Pasti, ia akan merubah kita menjadi bidadari dunia yang disegani.
Antara Kandungan Menarik:
● Cara Rasulullah didik anak perempuan
● Wanita, elak sifat suka berleter
● Isteri yang baik menurut Islam
● Kenikmatan wanita ahli syurga
● Isteri, jangan kongkong suami
● Siapakah dia bidadari syurga
● Tanda-tanda wanita solehah
● Cantik tetapi tidak solehah
● Ciri-ciri wanita ahli syurga
● Wanita ahli neraka
ISBN: 978-967-86-0497-0
Halaman: ~400
Terbit: Februari 2015